Kemaskini: Berdasarkan laman pertanyaan Astro, tampaknya langganan Disney+ akan disertakan secara tetap bersama dengan Pek Movie dan bukan satu pilihan sepertimana kami laporkan sebelum ini. Oleh itu, harga langganan untuk Pek Movie Astro kini menjadi RM30 berbanding RM25 sebelum ini.


Seperti diumumkan sebelum ini, Astro merupakan rakan edaran rasmi Disney+ di Malaysia. Oleh itu, Astro telah menawarkan beberapa pakej untuk pelanggan perkhidmatan mereka yang ingin turut melanggan perkhidmatan Disney+. Antara yang diumumkan adalah pelanggan ‘Movies Pack’ boleh menikmati Disney+ dengan tambahan sebanyak RM5 sebulan.

Bagi pelanggan Astro, Movies Pack adalah berharga RM25 sebulan dan jika ingin Disney+, menjadikan ia adalah sebanyak RM30 bersama dengan kos langganan biasa untuk Astro yang mungkin paling rendah adalah RM61 sebulan bergantung kepada pakej serta tawaran semasa.

Selain itu, Astro juga mengumumkan yang bukan pelanggan Movie Pack juga boleh mendapatkan pakej bersama dengan dengan Disney+ akan tetapi buat masa ini, maklumat lanjut mengenainya masih belum dikongsi tetapi mungkin berkait dengan Sooka.

Pelanggan Astro boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ bersama dengan langgan Disney+ bermula pada hari ini melalui saluran 200, ataupun menghubungi Astro dan pengedar rasmi. Namun, Disney+ hanya boleh diakses bermula 1 Jun 2021.

Sohor Kini