Selepas sekian lama menanti, akhirnya Disney+ memasuki pasaran Malaysia melalui platform Hotstar. Dengan harga langganan hanya RM54.90 untuk tiga bulan, iaitu sekitar RM18.30 sebulan – ia adalah harga yang cukup berbaloi. Bagi pelanggan Astro dengan Movie Pack, bil anda akan menjadi mahal RM5 untuk akses ‘percuma’ Disney+.
Pelbagai kandungan asli Disney akan disertakan seperti The Mandalorian, WandaVision, Loki dan banyak lagi. Tetapi untuk pasaran Malaysia, filem seperti Ejen Ali The Movie 2 akan menjadi eksklusif selepas tiba di pawagam.
Kandungan daripada Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan pelbagai lagi seperti sekuel J Revolusi, J2: J Retribusi, Zombitopia atau juga Ada Hantu.
Jika itu bukan citarasa anda, siri TV baru turut boleh ditonton awal 15 jam di Disney+ sebelum disiarkan di saluran televisyen TV3 dan TV9. Antara yang boleh ditonton adalah Single Terlalu Lama, WiFi Sebelah Rumah dan juga Kekasih Hati Mr. Bodyguard.
Filem-filem lama seperti Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, francais Rock (Rock, Rock Oo!, Rock Bro!, danRock 4: Rockers Never Dai), Talentime, Mukhsin, The Kid From The Big Apple 2, Vedigundu Pasangge, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster 1 & 2, Gol & Gincu 1 & 2, Guang, Redha dan Roh juga disahkan akan dapat distrim pada hari pertama perkhidmatan dilancarkan.