Bagi anda yang ternanti-nanti untuk menambah koleksi langganan perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar kini akhirnya tiba secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Ia kini boleh dilanggan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan pertama, tetapi tidak disahkan lagi untuk bulan-bulan yang berikutnya.

Pendaftaran buat masa ini hanya boleh dilakukan melalui laman web https://www.hotstar.com/my/ ataupun melalui aplikasi Disney+ Hotstar yang boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android. Bagi pengguna iOS, aplikasinya masih tidak disenaraikan lagi. Oleh itu, pengguna iOS mungkin boleh mengaksesnya melalui pelayar web terlebih dahulu.

Jika anda ingin membaca maklumat lanjut mengenai penawaran Disney+ Hotstar, anda boleh lakukan melalui artikel ini dan jika anda ingin melihat kandungan-kandungan Disney+ Hotstar yang pernah kami ulas, kami sertakannya di dalam satu artikel.

Sohor Kini