ViacomCBS baru-baru ini telah mengumumkan banyak projek filem dan siri TV baharu untuk platform penstriman video mereka Paramount+. Platform ini adalah platform yang sama dengan CBS All Access tetapi diberi nafas baharu dengan strategi baharu. Ia akan dilancarkan pada 4 Mac kelak.

Antara siri TV yang diumumkan adalah siri TV aksi nyata berdasarkan permainan video Xbox terkenal Halo, siri TV The Italian Job, siri sampingan The Godfather – The Offer, pelbagai kandungan kanak-kanak baharu seperti Avatar dan prekuel SpongeBob dan filem-filem baharu akan dimasukkan ke platform ini selepas 30-45 hari ditayangkan.
Selain itu, mereka turut mengumumkan yang mereka akan hadir dengan tiga filem seram baharu, iaitu Paranormal Activity, Pet Sematary dan The In Between.
Paranormal Activity

Blumhouse akan menghasilkan filem ini dan diarahkan oleh Will Eubank serta skrip ditulis oleh Christopher Landon. Pencipta asal filem ini iaitu Oren Peli turut aksan terlibat. Namun masih tidak didedahkan yang filem ini adalah prekuel, olahan semula, sekuel atau sampingan.
Pet Sematary

Pet Sematary adalah nivel yang ditulis oleh Stephen King. Ia telah diadaptasi menjadi filem pada tahun 1989 dan sekuel 1992. Filem olahan semula diperkenalkan pada tahun 2019. Terkini melalui Paramount+ sebuah filem prekuel pula akan diperkenalkan. Lorenzo di Bonaventura akan menerbit dan Jeff Buhler sebagai penulis skrip.
The In Between
Sebuah filem seram baharu di mana selepas satu kemalangan kereta, seorang gadis kehilangan kekasih beliau. Disebabkan rindu, beliau cuba berhubung dengan roh beliau. Filem ini diarahkan oleh Arie Posin berdasarkan idea Marc Klein yang turut menulis skrip filem ini. Ia akan diterbit oleh Robbie Brenner, Andrew Deane, dan Joey King. Jamie King dan Marc Klein akan menjadi penerbit eksekutif. Senarai pelakon bagi filem ini adalah King, Kyle Allen, John Ortiz dan Kim Dickens.