Skip to main content

Filem-filem dari Paramount Pictures, video muzik MTV, kandungan-kandungan Nickelodeon dan banyak lagi berada di bawah syarikat ViacomCBS. Seperti Warner Media dengan platform penstriman HBO Max, ViacomCBS turut mempunyai plaform penstriman tersendiri CBS All Access.

Selepas mengumumkan tahun lepas yang CBS All Access akan dijenamakan semula pada tahun ini, akhirnya langkah awal mula diperlihatkan. Tahun 2021, tiada lagi CBS All Acces – sebaliknya digantikan dengan Paramount Plus. Platform penstriman ini akan menawarkan filem, siri TV, dokumentari dan pelbagai lagi kandungan mengikut hak IP pegangan ViacomCBS.

Platform ini juga akan menawarkan kandungan asli seperti siri TV mini berasaskan di sebalik tabir The Godfather, drama perisik “Lioness,” di sebalik tabir penghasilan video-video muzik, dokumentari jenayah “The Real Criminal Minds,” dan kembalinya siri TV popular The Game.

CBS All Access akan dijemakan semla secara rasmi pada 4 Mac ini. Ketika hari pelabur mereka pada 24 Februari kelak, nama ini akan diumumkan. Melalui penjenamaan ini, platform pestriman ini akan lebih mudah menarik perhatian orang ramai.

Leave a Reply