Berbeza dengan strategi Warner Media terhadap HBO Max, yang mana filem baharu 2021 akan disiarkan serentak dengan tayangan di pawagam – ViacomCBS mengambil strategi berbeza untuk platform penstriman mereka Paramount+.

Kesemua filem-filem baharu di bawah Paramount akan tiba secara digital di platform penstriman Paramount+ selepas 30 hingga 45 hari ditayangkan di pawagam. Antaranya adalah A Quiet Place Part II, tarikh tayangan 17 September – jadi jika 45 hari ia mungkin boleh distrim pada 1 November 2020. Kemudian Mission: Impossible 7, tarikh tayangan adalah 17 November – mungkin boleh distrim pada 1 Januari 2022.

Banyak lagi filem baharu lain boleh distrim menjelang 2022, seperti Snake Eyes, Clifford the Big Red Dog, Top Gun: Maverick, Sonic the Hedgehog 2,
Transformers 7, Dungeons and Dragons atau juga Scream. Sementara menantikan filem-filem ini, filem-filem tahun lepas dan sebelumnya seperti Dora and the Lost City of Gold, Sonic the Hedgehog, Bumblebee, Rocketman dan The SpongeBob SquarePants Movie: Sponge on the Run boleh distrim pada tarikh pelancaran Paramount+ – 4 Mac ini.

Sohor Kini