Walaupun Stephen Hillenburg telah meninggal dunia, iaitu pencipta siri animasi popular – SpongeBob. Nickelodeon ingin terus mengingati beliau dengan hadir dengan siri baharu SpongeBob. Antara projek yang mereka bakal hadir adalah siri animasi CGI SpongeBob ketika kanak-kanak. Ia berlaku di Kamp Koral, iaitu kem di mana SpongeBob bertemu dengan Patrick, Sandy, Plankton dan ramai lagi. Ia adalah kisah bagaimana persahabatan mereka bermula.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan hadir dengan rancangan realiti animasi CGI The Patrick Show yang mana Patrick akan menjadi hos. James Corden adalah penerbit eksekutif bagi siri ini. Kesemua siri baharu SpongeBob ini akan disiarkan di Paramount+, iaitu platform penstriman video baharu ViacomCBS yang mengubah semula platform CBS All Access.

Video acah baharu siri animasi Kamp Koral: SpongeBob’s Under Years diperlihatkan baru-baru ini. SpongeBob, Sandy dan Patrick dilihat menyertai kem musim panas Kamp Koral. Squidward adalah pelatih, Plankton adalah cef di kantin, Mr. Krabs sebagai penjaga koperasi dan ramai lagi watak akan diperkenalkan. Video acah memperlihatkan pelbagai aksi lucu dan cemerkap. Peminat SpongeBob pasti akan terhibur dengan rekaan watak yang comel dan 3D ini.

Siri ini akan disiarkan pada 4 Mac di Paramount+.

Sohor Kini