Avatar: The Last Airbender adalah siri animasi yang sangat popular. Ia berlangsung selama tiga musim pada tahun 2005 sehingga 2008 memfokuskan watak Aang yang mempunyai kuasa mengawal angin/udara. Kejayaan siri animasi ini turut mebawa kepada sekuel siri baharu – The Legend of Korra.

Populariti siri animasi ini turut dibantu oleh Netflix, kerana disiarkan di platform tersebut. Kejayaan siaran siri animasi ini di Netflix membuatkan Netflix ingin hadir dengan siri aksi nyata tersendiri dan telah menandatangani perjanjian dengan Studio Mir pada tahun 2020. Tetapi sayang sekali ia menerima kritikan peminat apabila pencipta asal Michael Dimartino dan Bryan Konietzko menarik diri dari projek tersebut. Walaupun begitu, mereka berdua menjamin yang penonton akan gembira, cuma ia bukanlah visi mereka.

Sehingga hari ini, masih tiada berita baik mengenai projek siri TV aksi nyata Avatar ini.

Semasa hari pelabur ViacomCBS, mereka mengumumkan strategi untuk platform penstriman baharu mereka – Paramount+. Mereka mengumumkan beberapa projek di bawah Nickelodeon, termasuk francais Avatar baharu. Untuk menjayakan francais Avatar ini, mereka telah bangunkan studio animasi baharu iaitu Avatar Studio yang diketuai oleh pencipta asal Mike DiMartino dan Bryan Konietzko.

Studio ini akan memfokuskan membangunkan pelbagai kandungan dalam dunia Avatar: The Last Airbender dan The Legend of Korra. Ia mungkin akan disampaikan dalam pelbagai siri sampingan, filem animasi untuk tayangan di pawagam, filem pendek dan banyak lagi.

Bercakap mengenai filem, Avatar Studio sedang sibuk dalam perancangan untuk filem animasi yang akan ditayangkan di pawagam. Produksi dikatakan akan bermula pada penghujung tahun. Seperti yang kita tahu, jika ia tiba ke pawagam – ia akan disiarkan di Paramount+ selepas 30-45 hari tayangan.

Sama-sama kita nantikan butiran lanjut.

Sohor Kini