Paramount+ adalah platform penstriman video CBS All Access dengan nafas baru. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, platform ini akan menawarkan 30 ribu episod siri TV dan pelbagai filem. Bukan itu sahaja, semua kandungan hak IP milik ViacomCBS akan disiarkan seperti The Italian Job, The Godfather, The Parallax View, Criminal Minds dan banyak lagi. Nickelodeon juga adalah milik mereka.

Platform ini akan dilancarkan kepada umum 4 Mac ini. Baru-baru ini, ViacomCBS mengadakan hari pelabur mereka dan telah mengumumkan strategi mereka terhadap platform penstriman ini. Antaranya adalah menawarkan pelbagai kandungan kanak-kanak seperti yang terdapat di saluran Nickelodeon. Berikut adalah senarai;

  • Avatar – Siri animasi baharu memfokuskan dunia Avatar: The Last Airbender dan The Legend of Korra. banyak siri sampingan, filem, filem pendek akan diperkenalkan di masa hadapan.
  • Kamp Koral: SpongeBob’s Under Years – Siri animasi CGI SpongeBob, di mana memfokuskan watak-watak siri animasi SpongeBob buat pertama kalinya bertemu antara satu sama lain di sebuah kem musim panas.
  • Rugrats – Siri animasi ikonik mengenai bayi yang nakal yang penuh dengan imaginasi dan penjaga kejam, dikembali dalam bentuk animasi CGI dan pelakon suara asal.
  • Star Trek: Prodigy – Siri Star Trek mesra kanak-kanak dalam bentuk animasi CGI dengan elemen aksi-lucu Nickelodeon serta mengekalkan tema francais Star Trek asal.
  • Dora the Explorer – Siri animasi pengembaraan ikonik mengisahkan Dora, peta bercakap, beg ajaib dan penjahat musang diadaptasi menjadi siri TV aksi nyata.
  • The Fairly OddParents – Antara siri animasi paling berjaya Nickelodeon, mengisahkan Timmy dan dua pari-pari Cosmo dan Wanda yang boleh menunaikan apa jua impian beliau. Ia dikembalikan dalam siri TV aksi nyata.
  • iCarly – Sitkom popular dan juga berjaya Nickelodeon dikembalikan dengan pelakon asal Miranda Cosgrove, Nathan Kress dan Jerry Trainor bertemu rakan-rakan baru serta memfokuskan kehidupan dewasa mereka yang lucu.

Buat masa ini tiada tarikh siaran dan butiran penuh lagi. Tetapi memandangkan platform ini akan rasmi 4 Mac ini, pasti salah satu kandungan akan boleh distrim. Antara yang dijangka adalah siri animasi CDI prekuel SponggeBob. Paramount+ juga sayang sekali terhad ke beberapa negara sahaja dan pengguna tempatan harus langgan dan menggunakan VPN USA.

Sohor Kini