Paramount+ ialah perkhidmatan penstriman video CBS All Access yang dijenamakan semula oleh ViacomCBS baru-baru ini. Ia dijangka bakal menandingi nama-nama seperti Netflix dan Disney+, dan menawarkan sejumlah besar kandungan-kandungan filem dan siri televisyen yang boleh dikatakan sangat popular.

Terkini, pihak ViacomCBS telah memperlihatkan pelan mereka untuk 2021, dimana mereka akan memperkenalkan sejumlah siri televisyen dan filem baru yang akan disiarkan sepanjang tahun ini.

Dialam artikel ini, kami akan menyenaraikan sejumlah siri televisyen yang pada pendapat kami, akan menjadi sangat popular jika ia ditawarkan di luar Amerika Syarikat.

Star Trek: Strange New Worlds

Star Trek nampaknya bakal hadir dengan sebuah lagi siri televisyen baru dengan tajuk Strange New Worlds. Siri ini menceritakan pengalaman Captain Christopher Pike bersama-sama Spock dan Number One dalam pengembaraan bersama-sama kapal angkasa USS Enterprise sebelum masa watak James Kirk menaikinya.

The Offer

The Offer ialah sebuah siri televisyen terhad yang berdasarkan pengalaman Al Ruddy sewaktu beliau membangunkan siri filem The Godfather. Apa yang menarik mengenai ini ialah pengalaman yang digunakan sebagai ilham untuk siri The Offer ini ialah sesuatu yang beliau tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun sebelum ini.

The Italian Job

The Italian Job ialah sambungan kepada filem dengan nama yang sama. Didalam siri televisyen ini, Cucu watak Charlie Croker telah mewarisi sebuah kotak antik yang mempunyai petunjuk kepada harta karun emas yang merupakan plot utama filem 2003 tersebut.

The Man Who Fell To Earth

The Man Who Fell To Earth ialah sebuah novel penulisan Walter Tevis dimana seorang makhluk asing telah turun ke bumi dikala manusia berada di ambang evolusi sebagai satu spesis. Filem ini dibintangi pelakon-pelakon yang tersohor seperti Chiwetel Ejiofor dan juga David Bowie.

Halo

Anda pastinya mengenali siri permainan video Halo yang hadir secara eksklusif di Xbox dan PC. Selain daripada corak permainan FPS yang menarik, ia juga hadir dengan jalan cerita yang telahpun mmperlihatkan sejumlah komik, novel dan siri video yang popular.

Siri televisyen ini, yang sepatutnya disiarkan melalui rangkaian Showtime, nampaknya akan disiarkan pada Paramount+ pula, dimana ia dijangka hadir dengan jalan cerita berdasarkan permainan video Halo pertama, dimana bumi menentang watak makhluk asing yang dinamakan The Covenant.

Menariknya, walaupun Paramount+ tidak ditawarkan di luar negara Amerika Syarikat, sejumlah siri-siri televisyen milik ViacomCBS ada disiarkan melalui perkhidmatan penstriman lain, seperti Netflix.

Ia diharapkan bahawa ViacomCBS akan terus melesenkan tayangan beberapa siri televisyen ini di platform perkhidmatan lain juga.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih banyak mengenai siri-siri televisyen yang akan ditawarkan pada platform Paramount+, anda boleh membaca mengenainya di sini.

Sohor Kini