Skip to main content

Berita mengenai filem aksi-nyata Sonic The Hedgehog kedengaran pada tahun 2018. Selepas ia diumumkan secara rasmi dan video acah dikongsi, peminat semuanya kecam kerana rekaan yang tidak sama. Disebabkan itu, dari tahun 2019 – filem ini ditunda ke awal tahun 2020.

Bulan Mei lepas, Sonic disahkan akan mempunyai filem sekuel. Tetapi segala butiran masih belum didedahkan. Filem ini dilaporkan akan dijadualkan untuk tayangan pada April 2022. Terkini, The Illuminerdi telah melaporkan kemunculan satu watak penting yang akan emuaskan hati peminat-peminat Sonic. Filem sekuel Sonic akan menyertakan watak Knuckles.

Dalam filem pertama, Tails membuat penampilan khas. Ramai sangkakan yang Knuckles turut akan membuat penampilan khas dalam filem sekuel. Tetapi silap, kerana beliau akan memainkan peranan penting. Filem ini turut akan mempunyai watak manusia baharu dengan nama Randall, yang mana hanya akan berinteraksi dengan manusia sahaja. Filem ini turut ingin menyertakan pelakon hebat/popular seperti Samuel L. Jackson atau Chris Rock untuk membuat penampilan khas.

Filem ini kekal diarahkan oleh Jeff Fowler, dan Pat Casey serta Josh Miller kekal sebagai penulis. Populariti watak ini turut disedari oleh Netflix. Oleh yang demikian, satu siri animasi akan tiba yang dijangka pada tahun 2022.

Leave a Reply