Netflix melalui akaun Twitter rasmi mereka NxOnNetflix telah mengumumkan yang mereka bakal hadir dengan siri animasi 3D Sonic the Hedgehog, namun ciapan tersebut telah pun dipadamkan, mungkin kerana ia dikeluarkan lebih awal berbanding sepatutnya.
Berdasarkan ciapan tersebut, siri ini akan dihasilkan oleh kerjasama di antara SEGA, Wild Brain (Paddington) dan Man of Action Entertainment (Big Hero 6: The Series). Ia juga dijangka akan tiba pada tahun 2022.
Walaupun pengumuman sudah dipadamkan, akan tetapi kami menjangkakan yang mereka akan sekali lagi berkongsi-nya dalam masa terdekat, mengesahkan hadirnya projek ini.
Sumber: IGN