Filem Sonic the Hedgehog Disahkan Menerima Sambungan

Paramount Pictures dan Sega dilaporkan sedang membangunkan filem sambungan untuk Sonic the Hedgehog di mana mereka akan mengekalkan pengarah iaitu Jeff Fowler dan Pat Casey serta Josh Miller sebagai penulis. Oleh kerana ia masih di peringkat awal, senarai pelakon tidak disahkan lagi.

Sonic the Hedgehog mendapat sambutan yang sangat baik, bukan sahaja penerimaan media dan peminat tetapi juga dengan kutipan yang telah melebihi RM1 bilion, jadi sambungan untuk filem ini adalah satu perkara yang tidak mengejutkan.

Adakah Jim Carrey akan kembali sebagai Dr. Robotnik? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini