Informasi Permainan Video Terkini
Poster Filem Aksi-Nyata Sonic the Hedgehog Diperlihatkan

Poster Filem Aksi-Nyata Sonic the Hedgehog Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Sonic the Hedgehog adalah seekor landak yang mampu berlari pantas. Setiap larian yang dibuat pasti akan ada kesan cahaya biru seakan The Flash dengan kesan cahaya kuning. Sonic the Hedgehog ini terkenal pada zaman 90-an melalui permainan video dari Sega.

Terkini, dengan trend menjadikan watak permainan video atau animasi lama menjadi realiti – Sonic the Hedgehog turut akan hadir dengan filem aksi-nyata yang tersendiri. Melalui poster acah yang diterbit di arena web, watak Sonic ini dilihat sedikit berbulu – sekali imbas boleh dikatakan seakan watak Beast dari X-Men. Mungkin ini menjadi trend, seperti filem Pikachu. Filem Sonic the Hedgehog diterbitkan oleh Paramount Pictures dan dari mereka yang menghasilkan
Deadpool dan The Fast and the Furious.

Tiada butiran lain mengenai filem ini, apa yang pasti – watak antagonis
Dr. Ivo Robotnik akan dilakonkan oleh Jim Carrey. Bagaimana Jim Carrey akan membawa watak ini? Kita perlu tunggu kehadiran filem ini dan video acah akan datang. Sonic the Hedgehog akan ditayangkan pada November 2019.


TIPS & ULASAN