Skip to main content

Nampaknya banyak filem yang ingin kita tonton pada tahun ini tidak dapat ditonton. Walaupun sudah ditunda dari awal tahun ke hujung tahun, ada sahaja filem yang terus hilang tarikh tayangan seperti Mulan dan terkini filem Top Gun: Maverick dan A Quiet Place Part 2 ditunda ke tahun 2021.

Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Amerika, filem-filem ini terpaksa ditunda sehingga tahun depan. Paramount menjelaskan yang mereka inginkan penonton mengalami pengalaman menonton yang baik, jika tayangkan sekarang dan jika wayang sudah dibuka – pengalaman menonton adalah berbeza.

Disamping itu, Paramount turut mengumumkan yang Sonic the Hedgehog 2 akan ditayangkan pada April 2022. Kemudian mereka turut mengumumkan beberapa filem lain ditunda seperti:

  • Jackass, yang pada asalnya 2 Julai 2021, kini 3 September 2021.
  • Under the Boardwalk akan mula ditayangkan 22 Julai 2022.
  • The Tiger’s Apprentice pula pada asalnya 11 Februari 2022, kini ditunda ke 10 Februari 2023.

Leave a Reply