Skip to main content

Tiga hari yang lalu trailer filem Sonic The Hedgehog diperlihatkan secara rasmi buat pertama kali. Dalam masa hanya beberapa minit, rekaan watak Sonic yang amat berbeza dengan rekaan permainan video mula mendapat kecaman peminat. Berpuluh meme mula muncul di atas talian mentertawakan rekaan bukan sahaja Sonic tetapi Dr Robotnik yang dilakonkan oleh Jim Carrey.

Kerana kecaman yang hampir sarwajagat oleh peminat, pengarah filem ini Jeff Fowler telah mengeluarkan kenyataan perubahan akan dilakukan menerusi akaun Twitter beliau. Tidak diketahui sama ada perubahan saat akhir ini akan mengakibatkan filem yang sepatutnya ditayangkan pada bulan November akan ditangguh. Sebagai peminat Sonic The Hedgehog kami hanya boleh berharap perubahan yang akan dilakukan akan lebih menghampiri watak asal.

Leave a Reply