Setelah menerima pelbagai kecaman dan kritikan berkenaan rekaan watak Sonic buat filem aksi nyata Sonic The Hedgehog, Paramount Pictures hari ini mengesahkan bahawa filem tersebut akan ditunda.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Jeff Fowler iaitu pengarah filem tersebut menyatakan bahawa mereka akan memperbaiki rekaan watak Sonic tersebut dan terkini, beliau mengesahkan untuk membaikinya, mereka akan mengambil masa dan menundakan filem tersebut sehingga Februari tahun hadapan, di mana asalnya ia dirancang untuk ditayangkan pada November ini.

Meskipun begitu, kami sendiri di Aksiz kagum dengan tindakan Jeff Fowler untuk menerima kritikan peminat dan cuba untuk membaikinya. Melalui tagar yang dikongsikan oleh beliau juga, Jeff Fowler juga menyatakan bahawa tiada pereka visual efek yang ‘dicederakan’ ketika penghasilan filem ini.

Bagi anda yang tidak sabar untuk menonton Sonic beraksi bersama-sama Jim Carey dan James Marsden, tampaknya anda perlu menanti sehingga 14 Februari 2020 kelak.

Sohor Kini