Ketika acara PlayStation 5 yang berlangsung semalam, Sony Interactive Entertainment bersama penerbit permainan lain mengumumkan pelbagai permainan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre.

Antara yang telah pun kami laporkan adalah Ratchet & Clank: Rift Apart, Grand Theft Auto V, Gran Turismo 7, Astro’s Playroom, Marvel’s Spider-Man Mile Morales, Demon’s Souls, Resident Evil Village dan Horizon Forbidden West.

Manakala berikut pula adalah senarai permainan-permainan lain yang diumumkan termasuklah juga beberapa permainan yang menerima video acah baharu.

Stray

Stray merupakan permainan keluaran Annapurna Interactive dan Blue Twelve Studio di mana ia dijadualkan untuk dilancarkan di konsol PlayStation 5 dan juga PC melalui Steam. Menurut mereka, ia akan tiba pada 2021 ini.

Stray memfokuskan pemain untuk bermain sebagai seekor kucing di mana pemain akan mengembara di dalam bandaranya seakan Cyberpunk dan bertemu dengan pelbagai adegan dan keadaan, termasuklah sebuah robot dron bernama B12.

Returnal

Housemarque iaitu studio pembangun permainan yang terkenal dengan permainan penembak seperti Matterfall, Alienation dan semestinya Resogun, juga turut mengumumkan permainan mereka di konsol PlayStation 5 iaitu Returnal.

Dengan memfokuskan bentuk penembak pandang ketiga, permainan ini kelihatan akan memfokuskan dunia angkasa yang mana pemain akan berada di dalam gelung masa dan lokasi angkasa tersebut akan berubah setiap kali pemain mati.

Sackboy A Big Adventure

https://www.youtube.com/watch?v=mUwI6e-em3o

Sackbog merupakan watak di dalam permainan Little Big Planet oleh Media Molecule yang mula diperkenalkan di konsol PlayStation 3 beberapa tahun lepas. Terkini, dengan kerjasama Sumo Digital, tampaknya Sackboy akan kembali dengan permainan platformer yang mana ia sedikit sebanyak mengingatkan kami akan satu lagi permainan oleh Media Molecule iaitu Tearaway.

Berdasarkan video acah yang dikongsikan, permainan tersebut keliahtan mempunyai bentuk permainan 3D platformer dan ia menyokong multi-pemain secara koperasi dengan 4 pemain serentak.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Destruction Allstars

Jika anda meminati permainan Destruction Derby yang dilancarkan di konsol PlayStation 1 beberapa tahun lepas, anda mungkin berminat dengan permainan pertempuran kenderaan ini di mana ia juga memfokuskan bentuk perlawanan di dalam arena.

Destruction Allstars juga kelihatan menyertakan rekaan watak seakan rekaan kartun yang mana sedikit sebanyak mengingatkan kami akan permainan seperti Fortnite. Walaupun begitu, informasi lain seperti tarikh pelancaran masih belum diumumkan dan buat masa ini ia disahkan akan tiba di konsol Playstation 5.

Kena: Bridge Of Spirits

Ember Lab juga turut mengumumkan permainan mereka iaitu Kena: Bridge Of Spirits di mana ia bakal tiba penghujung tahun ini di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan juga PC melalui Epic Games Store.

Kena: Bridge Of Spirits merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Kena, di mana beliau akan bertempur dengan pelbagai jenis dengan kemahiran magis berkuasa.

Goodbye Volcano High

Goodbye Volcano High merupakan permainan pengembaraan naratif yang dibangunkan oleh KO_OP. Ia akan itba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam.

Permainan ini memfokuskan bentuk permainan pilihan penceritaan dengan visual lukisan tangan bersama suara latar penuh.

Oddworld Soulstorm

Oddworld Soulstorm merupakan permainan seeterusnya oleh Oddworld Inhabitants di mana ia disahkana akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.

Kali ini, permainan ini sekali lagi akan memfokuskan pengembaraan Abe di mana beliau akan mengembara di dalam lokasi yang penuh dengan mesin. Selain itu, permainan ini juga sekali lagi akan memfokuskan bentuk pengembaraan platformer seperti siri sebelum ini.

JETT: The Far Shore

JETT: The Far Shore merupakan permainan seterusnya oleh Superbrothers, di mana mereka terkenal dengan permainan Sword & Sworcery. Melalui permainan ini, mereka menyatakan ia akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan juga versi PC di Epic Games Store sekitar tahun ini.

JETT: The Far Shore memfokuskan bentuk permainan pengembaraan di angkasa di mana pemain perlu menghasilkan sepasukan watak dan menerokai pelbagai flora dan fauna di angkasa.

Ghostwire Tokyo

Ghostwire: Tokyo pula merupakan permainan seterusnya oleh bapa kepada permainan seram pertahan hidup, iaitu Shinji Mikami di mana ia sebelum ini diumumkan ketika acara E3 tahun lepas.

Melalui acara PlayStation 5 ini, Bethesda dan Tango Gameworks akhirnya memperlihatkan bentuk permainannya di mana ia memfokuskan bentuk permainan secara penembak pandang pertama. Menariknya, ia juga menyertakan pelbagai jenis musuh ‘hantu’ yang akan pemain tempuhi.

Ghostwire: Tokyo disahkan akan tiba di PlayStation 5 sebagai konsol eksklusif bersama versi PC sekitar 2021 ini.

Godfall

https://www.youtube.com/watch?v=oal1EbvDxCk

Godfall merupakan permainan yang diumumkan akan tiba di konsol PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store sekitar tahun ini.

Ia memfokuskan bentuk “Looter-Slasher” iaitu seakan permainan Destiny 2 namun dalam bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan pedang. Berdasarkan video acah di atas, Counterplay Games memperlihatkan beberapa bentuk permainan dan pelbagai barangan dan kelengkapan yang pemain boleh dapatkan dengan bermain permainan ini.

Selain itu, Gearbox Publishing juga mengesahkan permainan ini boleh dimainkan secara solo ataupun secara koperasi dengan 4 pemain serentak.

Solar Ash

Solar Ash merupakan permainan seterusnya oleh Heart Machine, iaitu pembangun permainan Hyper Light Drifter. Ianya akan diterbitkan oleh Annapurna Interactive dan ia akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan juga di PC pada tahun 2021 ini.

Hitman III

IO Interactive minggu ini turut mengumumkan permainan seterusnya untuk siri Hitman iaitu Hitman III di mana ia disahkan akan tiba di konsol PlayStation 5. Menurut kenyataan rasmi mereka, permainan ini juga turut akan tiba di konsol PlayStaiton 4 dan juga konsol Xbox Series X, Xbox One dan PC sekitar Januari 2021 ini.

Hitman III sekali lagi akan memfokuskan pemain untuk bermain Agent 47, dan pemain akan sekali lagi perlu membunuh pelbagai sasaran dengan selinap di kawasan dan sebagainya. Menurut IO Interactive, Hitman III akan menyertakan bentuk permainan yang lebih berat dengan lokasi yang lebih meluas.

Little Devil Inside

Little Devil Inside merupakan permainan oleh Neostream di mana ia memfokuskan bentuk RPG pertahanan hidup di dalam dunia separuh terbuka. Melalui video acah di atas, ia kelihatan akan memfokuskan pengembaraan pemain yang sangat meluas dengan pelbagai jenis musuh seperti naga dan sebagainya.

Buat masa ini, ia disahkan akan tiba di konsol PlayStation 5, Playstation 4 dan PC.

NBA 2K21

Ketika acara PlayStation 5, 2K Games juga tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan permainan NBA 2K21 buat konsol PlayStation 5.

Permainan simulasi sukan bola keranjang ini semestinya akan tiba di pelbagai platform namun berdasarkan 2K Games, melalui prestasi konsol PlayStation 5, mereka menyatakan konsol tersebut akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual yang sangat menawan.

Bugsnax

Bugsnax merupakan permainan seterusnya pembangun permainan Octodad, iaitu Young Horses. Melalui permainan ini, ia akan memfokuskan pemain untuk mengembara di kepulauan Snaktooth Island di mana ia didiami oleh makhluk separuh makanan separuh makhluk hidup.

Menariknya, permainan ini akan menyertakan 100 jenis spesis yang pemain boleh terokai, buru dan tangkap di mana pemain juga boleh mengubah-suai rupa makhluk tersebut dengan memakannya.

Bugsnax disahkan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC sekitar tahun ini.

Deathloop

Deathloop merupakan permainan seterusnya oleh Arkane Studios iaitu pembangun buat siri Dishonored di mana ia sebelum ini telah pun diumumkan ketika acara E3 tahun lepas.

Deathloop merupakan permainan penembak di mana ianya kelihatan memfokuskan dua pembunuhan upahan yang akan membunuh sesama mereka. Menariknya, permainan tersebut kelihatan meletakkan pemain di dalam satu gelungan masa yang berulangan setiap kali pemain mati.

Menurut Bethesda, permainan ini akan dilancarkan di PlayStation 5 sebagai permainan konsol eksklusif dan juga versi PC sekitar penghujung tahun ini.

Pragmata

Pragmata merupakan permainan hak intelek baharu oleh Capcom di mana ia dijaduakan untuk tiba pada 2022 ini. Menurut Capcom, ia akan dilancarkan di konsol PlayStation 5, Xbox Series X dan juga PC.

Pragmata bertempatkan di dunia bumi terbiar di pada masa akan datang dengan pengembaraan yang pasti tidak akan dilupakan oleh pemain. Capcom juga menyatakan permainan ini akan menggunakan segala kemampuan konsol generasi seterusnya dengan dunia sains fiksyen yang belum pernah diperlihatkan.

Bersempena dengan itu, Capcom juga berkongsi video acah tambahan boleh ditonton di bawah.


Semestinya dengan segala pengumuman permainan-permainan yang bakal tiba di konsol PlayStation 5 ini membuatkan konsol generasi seterusnya kelihatan sangat menarik, terutamanya dengan sokongan pelbagai pembangun dan penerbit pihak ketiga. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut tambahan, setelah ia diumumkan.

PlayStation 5 dijadualkan untuk dilancarkan sekitar penghujung tahun ini, Untuk informasi lanjut berkenaan PlayStation 5, anda boleh ke artikel di bawah.

Sohor Kini