Antara studio pembangun yang sangat terkenal dengan permainan olahan semula seperti Shadow Of The Colossus yang dilancarkan beberapa tahun lepas, iaitu Bluepoint Studios hari ini akhirnya mengumumkan projek seterusnya oleh mereka iaitu Demon’s Souls.
Demon’s Souls merupakan permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan di konsol PlayStation 3 beberapa tahun lepas dan kali ini melalui olahan semula, ianya akan dilancarkan eksklusif di konsol PlayStation 5.
Menurut kenyataan Sony, permainan olahan semula ini dihasilkan semula dari awal dengan olahan semula visual yang lebih terperinci bersama sokongan prestasi yang tinggi melalui konsol PlayStation 5.
Menariknya, Bluepoint Games menyatakan yang mana permainan ini akan menyertakan dua tetapan grafik iaitu satu memfokuskan visual yang tinggi manakala satu lagi memfokuskan kadar bingkai sesaat.
Melalui imej di atas, Bluepoint Games turut berkongsi beberapa perbezaan visual berbanding visual asal permainan dan visual permainan olahan semula ini.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.