Skip to main content

Ketika acara PlayStation 5 sebentar tadi, Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games mengumumkan sekuel kepada permainan adiwira Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan pada 2018 lepas, iaitu Marvel’s Spider-Man Miles Morales.

Seperti yang diperlihatkan di video acah di bawah, permainan tersebut kelihatan akan memfokuskan watak Miles, iaitu Spider-Man kedua di mana ia dijadualkan untuk tiba di konsol PlayStation 5 pada penghujung tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=gHzuHo80U2M&feature=emb_title

Menurut Sony, dengan kuasa SSD, permainan ini akan membenarkan pemain untuk terus bergerak dengan pantas melalui fungsi “Fast Travel” secara serta-merta. Selain itu dengan sokongan alat kawalan baharu DualSense dan pernaik-tarafan visual, permainan ini akan memfokuskan rekaan grafik yang sangat menawan.

Informasi lanjut masih belum diumumkan.

Leave a Reply