Bagi anda yang memiliki konsol PlayStation 4, anda pasti mengetahui salah satu aplikasi ataupun permainan percuma yang disertakan bersama dengan konsol tersebut iaitu Playroom.
Terkini, melalui acara PlayStation 5 yang berlangsung hari ini, Sony Interactive Entertainment turut mengumumkan yang mana Astro’s Playroom turut akan tiba di konsol generasi seterusnya mereka, secara terbina.
Melalui Astro’s Playroom, pemain berupaya untuk bermain pengembaraan bersama Astro Bot dengan menerokai empat dunia berbeza di mana setiap satunya adalah berdasarkan komponen konsol PlayStation 5.
Menariknya, setiap lokasi tersebut akan memperlihatkan bentuk permainan inovatid dengan menggunakan fungsi-fungsi yang tiba melalui alat kawalan baharu DualSense, seperti fungsi getaran Haptik dan sebagainya.
Astro’s Playroom akan dilancarkan bersama PlayStation 5 pada penghujung tahun ini dan ia boleh dimainkan secara percuma melalui konsol tersebut.