Ketika acara PlayStation 5 yang berlangsung hari ini, Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan secara rasmi permainan simulasi perlumbaan seterusnya buat siri Gran Turismo iaitu Gran Turismo 7.
Buat masa ini, tidak banyak informasi yang diumumkan, namun berdasarkan video acah yang dikongsikan, permainan ini akan menyertakan pelabgai pernaik-tarafan kenderaan dan pelbagai litar dari dunia nyata.
Menariknya juga, Sony juga menyatakan yang mana mereka akan menyertakan sokongan 3D audio dan juga fungsi kawalan melalui DualSense yang akan tingkatkan lagi pengalaman permainan dengan lebih realistik.
Kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.