Skip to main content

Sony Interactive Entertainment dan Rockstar Games hari ini mengumumkan yang mana konsol Playstation 5 akan menerima permainan Grand Theft Auto V.

Dengan lebih dari 130 juta salinan terjual, permainan dunia terbuka ini akan tiba pada separuh kedua 2021 ini dengan pelbagai pernaik-tarafan visual dengan konsol PlayStation 5.

Menariknya juga, Rockstar Games juga menyatakan yang mana Grand Theft Auto Online, iaitu kandungan permainan atas-talian buat GTAV turut akan tiba di konsol PlayStation 5 secara berasingan dan percuma dalam tempoh masa 3 bulan.

Selain itu, buat pelanggan PlayStation Plus, Sony juga umum sejumlah wang di dalam permainan sebanyak $1,000,000 akan dikreditkan di dalam akaun Maze Bank buat mereka yang bermain Grand Theft Auto Online di PlayStation 4.

Grand Theft Auto V telah pun dilancarkan di konsol dan PC beberapa tahun lepas dan ia merupakan salah satu permainan terlaris di dunia selepas Minecraft.

Leave a Reply