Skip to main content

Sebelum ini, SEGA mengumumkan yang mana mereka akan menunda tarikh pelancaran konsol retro mini klasik mereka iaitu SEGA Genesis Mini (SEGA Mega Drive buat pasaran Jepun) ke tahun ini. Terkini, SEGA akhirnya mengumumkan bahawa konsol tersebut akan tiba tahun ini pada 19 September 2019 ini.

Menurut SEGA, konsol retro tersebut akan menyertakan 40 permainan secara terbina dimana buat masa ini mereka mengumumkan 10 permainan dahulu iaitu:

  • Sonid The Hedgehog
  • Ecco The Dolphin
  • Castlevania: Bloodlines
  • Space Harrier II
  • Shining Force
  • Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine
  • ToeJam & Earl
  • Comix Zone
  • Altered Beast
  • Gunstar Heroes

Selain itu, SEGA juga menyatakan bahawa konsol ini akan menyertakan dua alat kawalan SEGA Genesis dengan sambungan USB bersama-sama dengan kabel mikro USB, penyesuai kuasa dan kabel HDMI.

Dari segi harga, ianya akan dijual dengan harga $79.99(~RM327) dengan saiz yang lebih kecil sehingga lebih dari 50% saiz kecil daripada konsol SEGA Genesis asal.

Sememangnya ini merupakan satu konsep yang sama seperti mana Playstation dan Nintendo lakukan sebelum ini melancar versi mini konsol retro mereka dengan permainan secara terbina. Semestinya produk ini dihasilkan buat peminat tegar untuk konsol retro SEGA Genesis yang dilancarkan 30 tahun lepas.

Walaupun begitu, kami di Aksiz berasa memiliki koleksi permainan retro SEGA di konsol Switch adalah lebih berbaloi kerana ianya boleh dimainkan dimana sahaja. Meskipun begitu, sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman lanjut SEGA menjelang tahun ini.

Leave a Reply