Sebelum ini, SEGA melancarkan kompilasi permainan klasik Sega Genesis Classic (Di kenali Sega Mega Drive di pasaran Jepun) di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.
Terkini, SEGA mengumumkan bahawa permainan kompilasi tersebut akan tiba di konsol Switch pada musim sejuk tahun ini iaitu antara Disember sehingga Mac 2019.
Sega Genesis Classic merupakan kompilasi permainan klasik yang dilancarkan di konsol SEGA Genesis lebih dari 20 tahun lepas yang mana menurut SEGA, terdapat lebih dari 50 permainan yang bakal mereka sertakan. Berikut adalah senaria permainan yang disertakan:
Menariknya, melalui versi Switch ini, SEGA akan menyertakan mod koperasi dengan penggunaan alat kawalan JoyCon secara berasingan. Mod tambahan lain seperti multi-pemain secara atas-talian, penyimpanan permainan dan pencapaian permainan juga disertakan.
Semestinya ini merupakan satu kompilasi permainan klasik yang sangat menarik buat mereka yang pernah memiliki konsol Sega Mega Drive ataupun Sega Genesis, dengan keupayaan untuk bermain permainan secara mudah-alih di Switch, ianya pasti akan mengenang kembali saat-saat indah tersebut.