Informasi Permainan Video Terkini
David Cage Berkongsi Informasi Lanjut Berkenaan Tiga Watak Utama Detroit: Become Human
Artikel Berkaitan

David Cage Berkongsi Informasi Lanjut Berkenaan Tiga Watak Utama Detroit: Become Human

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Dengan pelancaran Detroit: Become Human pada Mei ini, hari ini David Cage dari Quantic Dream berkongsi informasi lanjut berkenaan watak-watak utama Detroit: Become Human bersama video trailer terbaru. Menurut beliau, penceritaan permainan tersebut ditulis melalui visi masa depan dimana apakah yang akan berlaku jika mesin yang dihasilkan oleh manusia menjadi lebih bijak dan kesedaran terkendiri.

Tambahan beliau, permainan ini akan juga akan memberi impak yang berlainan bagi setiap pilihan pemain. Sekaligus setiap pilihan pemain bukan sahaja memberi kesan terhadap satu watak, malah dua watak lain dan juga mungkin akan mengubah keseluruhan penceritaan permainan tersebut.

Dimana sebelum ini, David Cage juga berkongsi bahawa Detroit: Become Human mempunyai 513 watak, 2000 muka surat skrip, 35,000 penangkapan camera, 74,000 unik animasi dan 5.1 juta barisan kod. Dimana beliau juga menyatakan permainan tersebut merupakan permainan  paling bercita-cita tinggi yang pernah beliau hasilkan.

Pada masa yang sama, David Cage juga berkongsi informasi lanjut berkenaan ketiga-tiga watak utama permainan tersebut bersama trailer terbaru permainan.

Watak pertama adalah Connor yang mana beliau adalah android prototaip bernombor RK800 yang dihasilkan oleh CyberLife. Tugas utama beliau adalah membantu manusia untuk menyiasat sebarang penyiasatan yang diperlukan oleh mereka. Beliau juga mempunyai keupayaan penganalisis molekul dan persimulasi canggih yang berupaya untuk menghasilkan simulasi masa lampau.

Markus pula adalah android bernombor RK200 yang mana beliau dimiliki oleh seorang pelukis bernama Carl Manfred. Sepanjang hidup Markus sebagai sebuah android, beliau dilayan seperti seorang manusia oleh tuannya yang mana beliau mempelajari pelbagai kesusasteraan dan muzik yang mana membuat Carl Manfred menganggap Markus sebagai seorang anak beliau. Namun, sepanjang pengembaraan Markus, pemain akan mengawal beliau sebagai android yang menggerakkan revolusi android dan memperjuangkan hak kebebasan android.

Watak utama yang terakhir adalah Kara, iaitu android bernombor AX400 yang mana ia merupakan android yang memfokuskan pembantuan kerja rumah dan menjaga anak kecil. Android versi tersebut berupaya untuk mentutur 300 jenis bahasa, memasak lebih dari 9000 masakan dan juga menolong kerja rumah kanak-kanak bersama bermain bersama mereka. Namun begitu, Kara dimiliki oleh seorang ayah yang merupakan satu ancaman kepada seorang budak bernama Alice, sekaligus pemain perlu memastikan keselamatan Alice bersama melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Quantic Dream dan akan tiba secara esklusif di Playstation 4. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 25 Mei ini. Pada PSX SEA 2017 lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan ini dan memberi pandang pertama kami berkenaan permainan tersebut. Pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas juga kami berkesempatan untuk menemu bual Guillaume de Fondaumière, penerbit eksekutif bagi Quantic Dream untuk permainan Detroit: Become Human.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia sudah boleh dipra-tempah di mana-mana pengedar rasmi Playstation dan secara digital melalui Playstation Store. Sony juga mengumumkan sebilangan versi yang dijual dimana anda boleh merujuknya disini.