Pada Tokyo Game Show 2017 minggu lepas, Guillaume de Fondaumière, penerbit eksekutif bagi Quantic Dream untuk permainan Detroit: Become Human sempat berkongsi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama saya. Detroit: Become Human adalah permainan yang di bangunkan oleh Quantic Dream dan di keluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk Playstation 4. Pada Ogos lepas, saya juga sempat memberi pandang pertama buat permainan tersebut ketika PSXSEA 2017.
Guillaume berkongsi berkenaan penceritaan permainan tersebut dimana Detroit: Become Human adalah permainan yang ditempatkan di masa depan terdekat, dimana android dicipta untuk melakukan kerja-kerja remeh manusia. Terdapat berjuta android yang dicipta dan kesannya sebahagian manusia lain hilang pekerjaan dan sebagainya disebabkan android. Ini menghasilkan beberapa jurang antara android dan manusia. Android juga mempunyai pelbagai peraturan seperti mereka perlu memakai label dan pakaian penjenamaan mereka.
Di dalam permainan Detroit: Become Human, anda berpeluang untuk menggunakan 3 watak android berbeza iaitu Kara, Connor dan Markus. Setiap penceritaan watak tersebut mempunyai berlainan sudut perspektif. Setiap watak tersebut juga adalah sangat berbeza, mereka adalah model android yang berbeza dan mereka juga mempunyai kemahiran yang berlainan.
Watak pertama yang Quantic Dream umumkan adalah Kara. Mereka mengumumkan watak Kara tersebut ketika permainan ini masih lagi pada awal pembangunan pada 2012 lepas dimana buat pertama kalinya didalam dunia permainan Detroit: Become Human, mereka menunjukkan bagaimana android dihasilkan. Walaubagaimana pun, terdapat pelbagai lagi informasi yang Quantic Dream tidak berkongsi terutamanya watak Kara ini, dimana mereka akan berkongsi pada masa akan datang kelak.
Seterusnya adalah watak Connor, dimana Quantic Dream mula memperkenalkan watak tersebut ketika di E3 2016 yang lepas dan juga merupakan watak yang dimainkan oleh saya ketika demo permainan tersebut di PSXSEA 2017. Connor merupakan android yang dicipta khas oleh sebuah syarikat CyberLife untuk menyiasat dan menangkap android yang memberontak. Connor mempunyai kemahiran khas dimana beliau berupaya untuk menyiasat dan menganalisis keadaan atau tempat kejadian.
Watak terakhir adalah Markus, sebuah android yang memberontak dan berjaya melarikan diri dari tuan beliau. Markus pertama kali diumumkan adalah ketika E3 Jun yang lepas, dimana beliau berupaya untuk “awaken” android lain untuk memberontak bersama. Guillaume juga sempat menayangkan bentuk permainan bagi watak Markus dan menunjukkan beberapa fungsi dan sistem berbeza berbanding watak-watak yang lain.
Demo permainan yang ditayangkan dimainkan dengan menggunakan Playstation 4 Pro dan dimainkan secara 4k dan HDR. Guillaume menunjukkan dua cara permainan yang boleh dilakukan dimana pemain berupaya untuk membentuk penceritaan permainan tersebut.
Dukacitanya, saya tidak dapat mengambil rakaman ketika demo permainan tersebut. Tetapi seperti yang anda tonton di trailer E3 2017, Guillaume menayangkan demo permainan ketika adegan tersebut. Menariknya, setiap tindakan pemain didalam permainan ini akan memberi kesan pada penceritaan.Bentuk permainan utama Detroit: Become Human adalah seperti permainan-permainan Quantic Dream yang lain, dimana pemain berupaya untuk berinteraksi dengan objek-objek untuk menyelesai misteri.
Tidak seperti Connor, dimana beliau berupaya untuk mengesan tempat kejadian berdasarkan masa lampau, Markus berupaya untuk menganalisasi keadaan berdasarkan masa depan. Dengan keupayaan ini, pemain berupaya untuk merancang gerak-geri watak Markus dan memberi kepelbagaian bentuk penceritaan yang berbeza setiap sesi permainan. Markus juga berupaya untuk menakhluk android lain untuk memberontak bersama.
Detroit: Become Human juga mempunyai bentuk permainan dimana pemain berupaya untuk melengkapkan objektif utama dan juga objektif sampingan. Bagi objektif sampingan, pemain tidak perlu untuk melengkapkannya, tetapi jika pemain melengkapkannya, pemain akan mengubah penceritaan permainan tersebut dengan pelbagai pengakhiran yang berbeza. Sebagai contoh, ketika demo permainan yang ditayangkan oleh Guillaume, pemain berupaya untuk nyah-aktif drone yang bertebangan di kawasan tersebut. Jika pemain tidak menyah-aktif drone tersebut, drone tersebut akan mengesan pemain ketika pemain ingin mengodam kawasan sekuriti sesuatu teman. Sekaligus memberi pengakhiran berbeza.
Setiap tindakan pemain akan memberi cabang penceritaan yang berbeza termasuklah tindakan Markus. Pada demo permainan tersebut, pemain akan mengawal Markus untuk menyampaikan mesej berkenaan android samada melalui cara aman ataupun cara keganasan. Setiap tindakan yang pemain pilih akan menghasilkan penceritaan yang berbeza, contohnya jika pemain memilih cara keganasan, android-android lain yang memberontak akan menurut tindakan anda sekaligus anda akan membawa mesej revolusi keganasan. Anda juga boleh memilih dengan cara yang lebih aman seperti dengan hanya mengodam papan tanda dan sebagainya.
Guillaume mengakhirkan persembahan beliau dengan menyatakan bahawa pemain bakal menghadapi pelbagai pilihan di dalam permainan Detroit: Become Human dimana pemain akan diuji dengan pelbagai rintangan psikologi disamping itu beliau berharap permainan ini bakal memberi sudut perspektif yang menarik bagi pemain untuk berfikir apa maksudnya untuk menjadi seorang manusia.
Quantic Dream masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Detroit: Become Human. Tetapi David Cage mengumumkan permainan ini sememangnya akan dilancarkan pada tahun 2018 secara esklusif di Playstation 4.
Sesi Temu Ramah Bersama Guillaume de Fondaumière.
Penceritaan Detroit: Become Human mempunyai ciri-ciri penceritaan seperti siri Black Mirror, terutamanya berkaitan dengan teknologi. Apakah inspirasi yang berlaku ketika pembangunan permainan ini?
Guillaume : Sebenarnya soalan itu agak susah untuk dijawab, walaupun anda bertanya kepada David Cage (Pengarah/Penulis Permainan Detroit: Become Human) Ia bermula dengan Kara, dimana David ingin menulis sebuah cerita dimana sebuah android yang dihasilkan mempunyai pepijat iaitu sebuah robot yang mempunyai perasaan emosi. Selepas video tersebut dimuat-naik, ramai peminat bertanya apa yang berlaku terhadap Kara. Sekaligus kami merasa kenapa tidak kami mula mengembangkan lagi penceritaan Kara tersebut dan juga android-android lain. Kami sendiri menanyakan soalan yang asas kepada kami sendiri iaitu impak terhadap kewujudan android di kalangan manusia. Selepas beberapa proses bersama kumpulan pembangun di Quantic Dream, kami mengambil keputusan untuk menambah banyak lagi watak-watak. Bagi kami apa yang berbeza dengan media-media lain di dalam penceritaan Detroit ini daripada Blade Runner, iRobot dan lain-lain adalah kami cuba mencerita permainan lebih kepada perspektif global. Seperti contoh Connor memburu android yang memberontak, Markus bermulakan revolusi android dan Kara. Kami tidak ingin mengumumkan apa-apa lagi berkenaan watak Kara, tetapi setiap watak mempunyai perspektif berbeza di dalam penceritaan permainan ini, itu adalah kami percaya apa yang membuat permainan ini sangat menarik. Tambahan juga, saya inginkan ingatkan anda bahawa penceritaan ini diambil melalui perspektif android-android tersebut.
Video acah Kara dilancarkan beberapa tahun dahulu ketika generasi konsol Playstation 3, adakah disebabkan limitasi konsol ketika itu atau sebab-sebab lain Quantic Dream menunggu masa untuk tidak melancarkan permainan tersebut di Playstation 3 dan memfokuskannya di Playstation 4?
Guillaume : Pada saat itu sememangnya Kara dihasilkan sebagai prototype untuk permainan Beyond: Two Souls, dan ia merupakan permainan terakhir dari kami yang dilancarkan di Playstation 3. Jadi secara semula-jadinya apabila kami menyiapkan pembangunan permainan tersebut, kami ingin fokuskan untuk permainan seterusnya dengan meningkatkan lagi dari segi prestasi dan visual permainan. Pastinya dengan peningkatan prestasi sebuah konsol, sekarang kami boleh merealisasikannya di Playstation 4.
Selain daripada HDR dan 4k, apakah lagi peningkatan dari segi prestasi permainan ini di Playstation 4 Pro?
Guillaume : Kebanyakkannya peningkatan dari segi visual iaitu grafik, pencahayaan. Pastinya keupayaan HDR dan sokongan 4K.
Adakah android tersebut mempunyai sebarang elemen-elemen manusia?
Guillaume : Tidak, tetapi setakat apa yang diumumkan, pastinya terdapat lagi banyak penerangan dimana anda kena bermain sendiri permainan ini. Yang pastinya mereka bukannya Cyborg atau camtuman dengan manusia, mereka adalah sebuah mesin.
Heavy Rain dan Beyond: Two Souls memfokuskan penceritaan dan kebanyakkan bentuk permainan adalah dalam bentuk Quick-Time Events. Tetapi di dalam Detroit: Become Human, kami perlihatkan ia mempunyai bentuk permainan yang lebih mendalam. Adakah disebabkan ulasan permainan yang sebelum ini dimana anda mula membuat perubahan untuk bentuk permainan tersebut?
Guillaume : Semestinya kami sentiasa mengambil ulasan-ulasan tersebut dan menganalisis setelah kami menyiapkan permainan, apa yang positif mahupun negatif. Kami sentiasa ingin mencari jalan untuk menceritakan sesebuah penceritaan melalui permainan. Di atas kertas ia sememangnya nampak mudah, tetapi ia tidak mudah. Sekarang semuanya kontekstual di dalam permainan kami, kami sentiasa ingin mencuba memberi peluang kepada pemain untuk memberi kebebasan dan kawalan untuk betul-betul mengawal penceritaan tersebut. Kami tidak ingin mereka sebuah mekanik permainan dimana pemain hanyalah menggunakan sekali sahaja. Kami mahu mengekal interaktif yang dramatik untuk pemain, dan itu perlukan masa. Tetapi saya percaya selepas permainan Farenheit, Heavy Rain dan Beyond: Two Souls, kami percaya kami boleh menaikkan-taraf permainan Detroit: Become Human dan mencapai sesuatu yang belum kami capai sebelum ini.
Kami perasan yang Markus tidak mempunyai penjenamaan android dan juga beberapa ciri-ciri android yang lain, adakah itu sesuatu yang anda boleh berkongsi dengan kami?
Guillaume : Ini adalah sesuatu yang pasti anda akan terokai ketika bermain permainan ini apabila ia dilancarkan kelak. Tetapi ya, Markus sememangnya adalah sebuah android. Dia dilahirkan sebagai android dan android yang memberontak sememangnya mempunyai ciri yang sedikit berbeza.