Sebelum ini kami ada menulis yang Detroit: Become Human iaitu permainan terbaru dari David Cage dan Quantic Dream akan dikeluarkan pada 25 Mei ini.
Hari ini Sony Interactive Entertainment (SIE) berkongsi harga yang disyorkan untuk pasaran Malaysia. Harga adalah seperti berikut;
Untuk Collector’s Edition anda akan mendapat selain dari permainan itu sendiri akan juga mendapat Art book, Digital Soundtrack dan juga Dynamic Theme. Untuk Deluxe Editon pemain akan mendapat barangan sama seperti Collector’s kecuali Art book, dimana akan mendapat versi digital.
Jika anda inginkan dynamic theme tanpa membeli Collector’s Edtion ataupun Deluxe Edition anda boleh mendapatkannya dengan pra-tempah permainan ini di Playstation Store. Anda boleh pra-tempah bermula dari hari ini sehingga 24 Mei 2018.
Adakah anda akan membeli permainan ini atau menunggu ulasan terlebih dahulu?