Informasi Permainan Video Terkini
Detroit: Become Human Mempunyai 513 Watak, 2000 Muka Surat Skrip Dan 5.1 Juta Barisan Kod

Detroit: Become Human Mempunyai 513 Watak, 2000 Muka Surat Skrip Dan 5.1 Juta Barisan Kod

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Bersempena dengan pelancaran permainan Detroit Become Human Mei ini, pihak Wired berkesempatan untuk menemu bual pengarah permainan tersebut iaitu David Cage yang mana beliau berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan terbaru beliau, Detroit Become Human.

Melalui temu bual tersebut, David Cage menyatakan bahawa permainan tersebut mempunyai 513 watak, 2000 muka surat skrip, 35,000 penangkapan camera, 74,000 unik animasi dan 5.1 juta barisan kod. Ini merupakan nilai kandungan yang sangat tinggi dan membuat kami semakin tidak sabar untuk bermain permainan tersebut. Memandangkan permainan Heavy Rain sebelum ini juga dilaporkan mempunyai skrip muka surat melebihi 2000, kami percaya Detroit Become Human akan menjadi satu permainan yang menarik.

Selain itu, David Cage juga menyatakan bahawa permainan ini merupakan permainan paling bercita-cita tinggi yang pernah beliau hasilkan yang mana beliau juga ingin mengutamakan dialog dan emosi berbanding bentuk permainan. Tambahan, beliau juga menyatakan permainan video merupakan satu platform dimana pemain berupaya untuk menjadi seseorang watak, bukan sekadar melihatnya dari luar seperti filem.

Detroit Become Human merupakan permainan yang dibangunkan oleh Quantic Dream dimana mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Heavy Rain dan Indigo Prophecy. Melalui Detroit Become Human, pemain akan mengawal tiga watak android yang mempunyai perasaan sendiri.

Pada PSX SEA 2017 lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan ini dan memberi pandang pertama kami berkenaan permainan tersebut. Pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas juga kami berkesempatan untuk menemu bual Guillaume de Fondaumière, penerbit eksekutif bagi Quantic Dream untuk permainan Detroit: Become Human.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia sudah boleh dipra-tempah di mana-mana pengedar rasmi Playstation dan secara digital melalui Playstation Store. Sony juga mengumumkan sebilangan versi yang dijual dimana anda boleh merujuknya disini.


TIPS & ULASAN