Informasi Permainan Video Terkini
God Of War Tidak Akan Mempunyai Sebarang Skrin Pemuatan – Pengarah Sinematografi Santa Monica Studio Berkongsi Informasi Lanjut

God Of War Tidak Akan Mempunyai Sebarang Skrin Pemuatan – Pengarah Sinematografi Santa Monica Studio Berkongsi Informasi Lanjut

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Seperti yang disedia maklum melalui pandang pertama kami berkenaan God Of War, permainan tersebut sememangnya akan dimainkan secara kamera tunggal dimana setiap pergerakkan kamera akan mengikut saat-saat penceritaan permainan tersebut tanpa sebarang skrin peralihan ataupun skrin pemuatan.

Kini, Dori Arazi pengarah sinematografi bagi permainan God Of War berkongsi informasi lanjut berkenaan sebalik tabir ketika pembangunan permainan tersebut. Melalui video tersebut, Dori Arazi menyatakan bahawa pada mulanya mereka berasa ia agak sukar untuk melakukan keseluruhan permainan tersebut secara kamera tunggal. Namun, melalui permainan ini mereka berjaya menghasilkan kesan tersebut sekaligus memberi impak yang sangat besar bagi permainan tersebut.

Dori Arazi juga menyatakan bahawa melalui penceritaan yang dipamerkan secara kamera tunggal, mereka juga dapat berkongsi pengalaman yang lebih mendalam sekaligus membuat penceritaan permainan tersebut menjadi lebih beremosi. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kami sangat sarankan anda untuk menonton video dibawah dan memahami bagaimana God Of War kali ini sememangnya bukan hanya sebuah permainan malah satu karya seni.

Bagi anda yang berminat untuk menonton temu bual bersama Aaron Kaufman, iaitu pengurus komuniti bagi permainan God Of War dimana beliau berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh menontonnya di sini. Kami juga berkongsi 5 perubahan utama bagi permainan God Of War yang sememangnya membuat siri permainan tersebut menjadi lebih baik.

God Of War akan tiba pada 20 April ini secara ekslusif buat konsol Playstation 4. Ia akan dijual dengan harga bermula RM209 sehingga RM549 untuk Collector Edition melalui pengedar rasmi Playstation. Manakala berkas Playstation 4 Pro juga diumumkan dimana anda boleh mengetahuinya lebih lanjut di artikel ini.