Sony Mengumumkan Berkas Playstation 4 Pro Edisi God Of War

God of War merupakan permainan terbaru untuk siri God of War yang akan dikeluarkan pada 20 April eksklusif untuk Playstation 4. Bersempena pengeluaran permainan ini, Sony juga mengumumkan berkas Playstation 4 Pro edisi God of War yang akan dikeluarkan pada tarikh yang sama.

Berkas ini mengandungi permainan God of War dalam bentuk fizikal bersama dengan penambahan secara digital dan juga konsol Playstation 4 Pro yang mempunyai corak seakan kapak Leviathan yang akan digunakan oleh Kratos dalam permainan ini. Pengawal DS4 juga mempunyai rekaan khas berdasarkan God of War.

Harga yang disyorkan oleh Sony adalah RM1999 untuk pasaran Malaysia iaitu RM 200 lebih mahal berbanding harga Playstation 4 Pro yang biasa. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan God of War sahaja harga bermula RM209 sehingga RM549 untuk Collector Edition. Apa pendapat anda mengenai rekaan khas Playstation 4 Pro ini?

Sohor Kini