Hari ini kami ingin berkongsi sesi temu bual bersama Pengurus Komuniti bagi Santa Monica Studio, Aaron Kaufman buat permainan God Of War. Sepanjang sesi temu bual ini, kami berkongsi sebilangan soalan berkenaan permainan God Of War akan datang, yang bakal tiba 20 April ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui pandang pertama bagi permainan tersebut, kami ada berkongsinya di artikel ini dimana kami berpeluang untuk bermain 3 jam pertama bagi permainan God Of War.

God Of War akan tiba pada 20 April ini secara ekslusif buat konsol Playstation 4. Ia akan dijual dengan harga bermula RM209 sehingga RM549 untuk Collector Edition melalui pengedar rasmi Playstation. Manakala berkas Playstation 4 Pro juga diumumkan dimana anda boleh mengetahuinya lebih lanjut di artikel ini.

Sohor Kini