Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi DLC pertama buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ yang mana mereka akan menyertakan dua watak iaitu Broly dan Bardock bermula 28 Mac ini.

DLC pernambahan ini boleh didapati melalui pas musim yang dijual dengan harga RM119 bagi versi Playstation 4 dimana Bandai Namco menjanjikan 8 jumlah watak tambahan yang akan dilancarkan secara berperingkat.

Tambahan juga, lanjutan daripada trailer watak Broly yang dikongsikan oleh Bandai Namco minggu lepas, kini Bandai Namco juga berkongsi trailer pertama bagi watak Bardock yang tampaknya watak tersebut akan disertakan dengan pelbagai serangan ikonik beliau bersama keupayaan beliau untuk menukar kepada Super Saiyan.

Tambahan juga, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka juga akan menyertakan kandungan Commentator Voice Pack juga akan dilancarkan pada 28 Mac ini yang mana ia akan menyertakan suara pengulas Chichi, Videl dan Android 18.

Baru-baru ini juga Bandai Namco mengemaskini permainan Dragon Ball FighterZ yang mana mereka menyertakan sebilangan kandungan baru seperti Z-Union.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.

Sohor Kini