Skip to main content

Bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan Dragonball FighterZ Ultimate Edition, anda mungkin akan sedikit kecewa kerana Bandai Namco mengumumkan bahawa kandungan DLC pernambahan bagi edisi tersebut akan ditangguhkan sehingga April 2018.

Menurut Bandai Namco, DLC kandungan Anime Music Pack akan ditangguhkan sehingga 1 Mac 2018, manakala DLC Commentator Voice Pack akan ditangguhkan kepada 15 April 2018. Kedua-dua DLC kandungan tambahan tersebut masih akan diperoleh pembeli apabila mereka membuat pra-tempahan bagi permainan edisi tersebut.

Bandai Namco juga menyatakan terima kasih kepada peminat dengan kesabaran mereka dan mereka juga menyertakan empat cap tambahan bersama satu avatar lobi di dalam permainan Dragonball FighterZ Ultimate Edition sebagai tanda minta maaf terhadap pembeli.

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply