Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Dragon Ball FighterZ Akan Tiba 16 Mac Ini – Memperkenalkan Fungsi Z-Union
PC

Kemaskini Dragon Ball FighterZ Akan Tiba 16 Mac Ini – Memperkenalkan Fungsi Z-Union

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa kemaskini terbaru bakal tiba buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ yang mana mereka akan membaiki dan menambah sebilangan fungsi yang terdapat buat permainan tersebut.

Antara fungsi baru yang diperkenalkan ada Z-Union dimana pemain berupaya untuk menyertai persatuan bagi watak kegemaran mereka dan mendapat pelbagai ganjaran. Melaluinya, pemain yang berada lebih lama di dalam sesuatu persatuan, pemain akan mendapat lebih banyak ganjaran.

Selain itu, pemain kini berupaya untuk memasuki lobi luar-talian daripada permulaan skrin permainan dan juga pemain akan boleh meninggalkan sesuatu lobi dengan hanya mengguna tangga yang terdapat di pintu masuk lobi.

Tambahan juga, Bandai Namco juga akan mengemaskini keseimbangan permainan dan watak permainan. Bagi senarai penuh kemaskini tersebut, anda boleh membacanya di sini.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN