Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Pertama Watak DLC Broly Buat Permainan Dragon Ball FighterZ
Artikel Berkaitan
PC

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Pertama Watak DLC Broly Buat Permainan Dragon Ball FighterZ

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Februari lepas, Bandai Namco mengumumkan DLC watak yang pertama buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ iaitu Bardock dan Broly. Kini, Bandai Namco akhirnya mempertontonkan trailer pertama bagi watak Broly tersebut.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya Broly boleh dimainkan dalam bentuk Legendary Super Saiyan. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran serangan ikonik beliau, Eraser Cannon.

Namun buat masa ini, Bandai Namco masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi watak DLC tersebut dan juga harganya. Walaubagaimana pun, watak-watak tersebut sememangnya bakal tiba melalui DLC pernambahan dimana pemain juga berupaya untuk mendapatkannya melalui membelian pas musim.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN