Sebelum ini, Capcom dan Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara kolaborasi antara permainan Monster Hunter World dan Final Fantasy XIV.
Kini, bagi permainan Monster Hunter World, Capcom akhirnya mengumumkan bahawa kolaborasi tersebut akan bermula pada 2 Ogos ini.
Melalui kolaborasi ini raksasa dari permainan Final Fantasy iaitu Behemoth boleh diburu oleh pemain di dalam Monster Hunter: World manakala raksasa Monster Hunter: World iaitu Rathalos boleh memburu di dalam Final Fantasy XIV.
Selain daripada raksasa Behemoth, Capcom juga akan membawa Cactuar dari siri Final Fantasy dan juga raksasa Kulu-Ya-Ku yang lebih besar apabila beliau memegang kristal yang seakan daripada kristal dari siri Final Fantasy.
Menariknya, Capcom juga akan menyertakan kelengkapan perisai dan senjata baru berdasarkan permainan Final Fantasy XIV, iaitu Dragoon Armor bersama-sama dengan senjata Insect Glaive khas bertemakan Final Fantasy XIV. Tambahan juga, senjata tersebut mengubah senjata Kinsect kepada satu tenaga biru yang akan menggantikan keupayaan Kinsect yang terdapat di dalam senjata Insect Glaive.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kelengkapan diatas dan juga berpeluang untuk memburu Behemoth, jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun kemaskini pada 2 Ogos ini khas buat pemain Playstation 4 dan Xbox One.
Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia telah pun dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada 10 Ogos kelak.