Sebelum ini kami melaporkan yang semasa persidangan E3 Square Enix mereka mengumumkan kolaborasi antara permainan MMORPG mereka Final Fantasy XIV dan permainan Capcom, Monster Hunter: World.
Melalui kolaborasi ini raksasa dari permainan Final Fantasy iaitu Behemoth boleh diburu oleh pemain di dalam Monster Hunter: World manakala raksasa Monster Hunter: World iaitu Rathalos boleh memburu di dalam Final Fantasy XIV.
Acara ini dikatakan akan berlansung pada suku ketiga tahun ini akan tetapi tiada tarikh tetap. Melalui temubual bersama penerbit Monster Hunter: World Ryozo Tsujimoto, beliau mengatakan acara ini di Monster Hunter: World akan bermula pada bulan Ogos.
Walaupun beliau mengatakan untuk acara di Monster Hunter: World akan tetapi kami menjangkakan acara di Final Fantasy XIV turut akan berlangsung pada tarikh yang berdekatan.