NetEase Games melalui permainan OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent secara rasmi telah melancarkan festival pertengahan tahun menerusi acara ‘Travelers’ Mid-Year Reunion Festival’. Tarikan utama bagi sambutan kali ini menyaksikan bermulanya acara kolaborasi bersama FINAL FANTASY VI yang membawakan pengembaraan rentas dunia.
Melalui kolaborasi FINAL FANTASY VI yang sudah bermula, pemain berpeluang memperoleh pelbagai ganjaran khas termasuk kandungan eksklusif Keeper, 800 Rubies percuma, dan Sacred Seals. Kandungan tambahan untuk kolaborasi ini juga akan diumumkan dalam kemas kini akan datang.

Pihak pembangun turut menawarkan pelbagai ganjaran log masuk sepanjang tempoh festival. Pemain yang log masuk dalam talian dalam tempoh tiga hari pertama acara akan menerima tiket Guidance khas untuk 10-pull. Secara keseluruhan, pemain boleh mengumpul sehingga 130 tarikan Guidance percuma, 1,000 Rubies percuma, serta ganjaran Awakening Stone Shards.
Beberapa acara masa terhad lain turut dilancarkan serentak, antaranya acara ‘Kindling Wish’ yang menawarkan ganjaran Grand Sacred Seals untuk Memory Travelers dan Solistia Memory Travelers. Selain itu, ciri ‘Myriad Post Office’ membolehkan pengumpulan pelekat bertema yang boleh ditukarkan dengan sumber penting seperti Rubies dan Gold Guidestones.

Dari segi penambahan watak, Phenn daripada OCTOPATH TRAVELER 0 dijadualkan menyertai barisan watak permainan bermula 18 Jun ini. Watak pemburu ini membawakan jalan cerita tersendiri serta pilihan strategi pertempuran yang baharu untuk para pemain.

Kemas kini kali ini turut memperkenalkan beberapa penambah-baikkan QoL bagi memudahkan navigasi pengembaraan. Antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah quick-claim untuk ganjaran misi dan peti surat, sokongan pertempuran khusus untuk pemain baharu, sistem cadangan aksesori, serta ciri one-tap Team Setup.
OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent kini boleh didapati secara percuma di iOS dan Android. Ia menyertakan pembelian di dalam permainan


