Informasi Permainan Video Terkini
Raksasa Behemoth Bakal Tiba Di Monster Hunter World – Kolaborasi Final Fantasy XIV Dan Monster Hunter World

Raksasa Behemoth Bakal Tiba Di Monster Hunter World – Kolaborasi Final Fantasy XIV Dan Monster Hunter World

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Lanjutan daripada kolaborasi antara Final Fantasy XIV dan Monster Hunter World yang diumumkan baru-baru ini, kandungan Final Fantasy XIV juga bakal tiba buat permainan Monster Hunter World.

Bagi permainan Final Fantasy XIV, raksasa Rathalos bakal tiba sebagai musuh yang boleh dilawan dan buat Monster Hunter World pula, raksasa Behemoth pula yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Sebagai seorang peminat siri Final Fantasy dan juga Monster Hunter, ini merupakan kemaskini yang sangat menarik dan diberi peluang untuk memburu dan menaiki belakang Behemoth sememangnya adalah satu harapan kami pemain Final Fantasy sebelum ini.

Menurut Capcom, kemaskini ini akan tiba pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September.

Monster Hunter World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia telah pun dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.


TIPS & ULASAN