Skip to main content

Bagi anda yang menanti permainan Monster Hunter World di PC, anda tampaknya tidak perlu menunggu dengan lebih lama dimana Capcom hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 10 Ogos ini.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada Januari lepas dan mendapat sambutan yang sangat baik oleh peminat sehingga mendapat hasil edaran tertinggi bagi permainan keluaran Capcom.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ia kini boleh dipra-tempah di laman Steam dengan harga RM139. Menariknya, jika anda membuat pembelian awal, Capcom akan menyertakan set perisai Origin bersama aksesori barangan Fair Wind Charm.

Capcom juga menjanjikan pelbagai kemaskini kandungan bakal tiba buat permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.

Berikut adalah spesifikasi permainan yang diperlukan untuk bermain permainan tersebut.

Spesifikasi Monster Hunter World
Pemproses Paling Minimum Intel® Core™ i5-4460, 3.20GHz
AMD FX™-6300
Pemproses Disarankan Intel® Core™ i7 3770 3.4GHz atau Intel® Core™ i3 8350
AMD Ryzen™ 5 1500X
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA® GeForce® GTX 760
AMD Radeon™ R7 260x (VRAM 2GB)
Kad Grafik Disarankan NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (VRAM 3GB)
AMD Radeon™ RX 570X (VRAM 4GB)
RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 20 GB
Sistem Operasi Windows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, Windows 10 64-bit

Khas buat pengguna PC, permainan ini akan menyokong resolusi 4k dengan kadar bingkar sesaat sehingga 60FPS. Seperti permainan di PC yang lain, pemain juga dapat mengubah-suai pelbagai tetapan visual grafik permainan melalui versi PC ini. Dari segi rentas-platform dan akaun permainan, pihak Capcom masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan yang dinanti-nantikan oleh pemburu tegar Monster Hunter World di PC bermula 10 Ogos ini.

[info] Laman Steam : Monster Hunter World [/info]

Leave a Reply