Informasi Permainan Video Terkini
Kolaborasi Antara Final Fantasy XIV Dan Monster Hunter World Diumumkan – Boleh Memburu Rathalos
PC

Kolaborasi Antara Final Fantasy XIV Dan Monster Hunter World Diumumkan – Boleh Memburu Rathalos

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Square Enix melalui persidangan E3 minggu ini mengumumkan kolaborasi di antara permainan MMORPG mereka iaitu Final Fantasy XIV dan permainan memburu raksasa oleh Capcom Monster Hunter World yang baru dikeluarkan tahun ini.

Melalui kolaborasi ini pemain berpeluang untuk memburu raksasa dari Monster Hunter iaitu Rathalos. Pemain yang ingin menyertai pemburuan ini mestilah mempunyai watak yang tahap 70 dan sudah menyelesaikan misi senario untuk DLC Stormblood (anda perlu memiliki DLC ini).

Acara ini akan berlangsung pada suku ketiga tahun ini dan untuk masa yang terhad. Nantikan pengumuman lanjut yang kami akan kongsi kan apabila diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN