Valve telah memulakan acara Steam Next Fest edisi Jun 2026 secara rasmi bermula 16 Jun sehingga 23 Jun. Acara bermusim ini menawarkan akses kepada ratusan demo permainan video PC akan datang secara percuma sepanjang tempoh seminggu ia berlangsung.
Sepanjang tempoh festival, pemain boleh memuat turun dan mencuba pelbagai variasi demo tanpa sebarang sekatan bayaran untuk membantu menentukan permainan yang akan dimasukkan ke dalam senarai hajat.
Beberapa demo yang sedang popular pada waktu ini adalah:
- Iron Nest: Heavt Turret Simulator
- Mistfall Hunter
- Echoes of Aincrad
- Embers of the Uncrowned
- over the hill
- Dust Front RTS
- Double Dealer
- Kingdom Rush 6: Genesis
- Order of the Sinking
- SpritVale
Selain penawaran demo, barisan pembangun turut mengadakan sesi penstriman langsung bagi memperlihatkan tatamain, menjawab persoalan komuniti, serta membincangkan perancangan pembangunan masa hadapan.


