Informasi Permainan Video Terkini
DLC Kedua Far Cry 5 Lost On Mars Bakal Tiba 17 Julai Ini
PC

DLC Kedua Far Cry 5 Lost On Mars Bakal Tiba 17 Julai Ini

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Sebelum ini Ubisoft mengumumkan senarai DLC pernambahan yang bakal tiba buat permainan Far Cry 5 yang mana DLC pertama telah pun dilancarkan pada Jun lepas.

Kini, Ubisoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran DLC kedua, iaitu Lost On Mars yang mana ia bakal tiba buat pemain Far Cry 5 pada 17 Julai ini.

Melalui DLC Lost On Mars, pemain akan diletakkan di planet Marikh dimana peman perlu pertempur dengan makhluk asing dan menyelematkan bumi daripada ditakhluk makhluk tersebut. DLC ini juga akan menyertakan pelbagai senjata futuristik baru buat pemain seperti senjata laser dan sebagainya.

Untuk mendapatkan DLC ini, pemain perlu membelinya secara berasingan ataupun melalui pas musim yang diberkaskan bersama permainan tersebut. Ubisoft juga menyatakan kandungan peta kawasan dan aset-aset tema DLC ini juga bakal tiba di dalam mod Far Cry Arcade yang diumumkan sebelum ini.

Far Cry 5 adalah permainan penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri Far Cry kelima dan ia telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada Mac 2018 lepas. Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa Far Cry 5 merupakan permainan paling laris untuk siri permainan Far Cry.


TIPS & ULASAN