Skip to main content

Kami sebelum ini melaporkan yang Far Cry 5 sudah terjual sebanyak 500,000 unit di Steam selepas seminggu dikeluarkan, kali ini Ubisoft sendiri mengatakan yang Far Cry 5 merupakan permainan paling laris untuk siri permainan Far Cry.

Jualan Far Cry 5 untuk minggu pertama dua kali ganda lebih tinggi berbanding jualan untuk Far Cry 4 walaupun Far Cry 4 turut dikeluarkan untuk PS3 dan Xbox 360. Jika mengambil kira kesemua permainan Ubisoft, Far Cry berada di tempat kedua di belakang The Division.

Menurut Ubisoft setakat ini Far Cry 5 telah mendapat pungutan sebanyak $310 Juta (RM1.2 Bilion) termasuk juga perbelanjaan mikro-transaksi tetapi setakat ini mereka tidak berkongsi jumlah unit yang terjual.

Penerbit eksekutif Far Cry 5 Dan Hay mengatakan beliau berbangga dengan kejayaan Far Cry 5 yang merupakan hasil penat lelah pasukan yang membangunkan permainan ini. Beliau juga mengatakan dengan kejayaan ini lebih memberi lebih dorongan kepada mereka untuk terus menyokong komuniti Far Cry.

Tahniah kami ucapkan untuk pasukan pembangun Far Cry 5 dan nampaknya Ubisoft akan terus meningkatkan kejayaan mereka jika sebelum ini Assassin’s Creed Origins turun mendapat pulangan yang positif.

Leave a Reply