Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan kandungan pas musim bagi permainan Far Cry 5 yang mana pemain boleh dapatkannya dengan membeli secara berasingan dan ia juga akan disertakan dengan setiap pembelian Far Cry 5 Gold Edition.

Menurut Ubisoft, pas musim tersebut akan menyertakan tiga kandungan tambahan yang akan dilancarkan secara berperingkat selepas permainan tersebut dilancarkan.

Tiga kandungan tersebut adalah Dead Living Zombies, Hours Of Darkness dan Lost On Mars. Ketiga-tiga kandungan tersebut akan menyertakan misi tambahan dan juga pengembaraan yang baru buat pemain.

Selain itu, Ubisoft juga menyertakan permainan Far Cry 3 Classic Edition di dalam pas musim Far Cry 5 yang mana ia akan menyertakan permainan asal Far Cry 3 yang dipernambah-baikkan. Permainan tersebut asalnya dilancarkan pada 2012 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Menariknya juga, Far Cry 3 Classic Edition juga akan dilancarkan secara kendiri sebulan selepas pelancaran Far Cry 5. Namun bagi mereka yang membeli pas musim Far Cry 5 bersama permainan tersebut, mereka akan memperolehnya sebulan lebih awal.

Ubisoft juga berkongsi trailer penceritaan terbaru buat permainan Far Cry 5 yang mana ia mempamerkan sebilangan watak-watak dan bentuk permainan yang bakal pemain hadapi apabila pemain bermain permainan tersebut.

Far Cry 5 adalah permainan penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri Far Cry kelima dan ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 27 Mac 2018 ini.

Leave a Reply