Informasi Permainan Video Terkini
Rinoa Dari Final Fantasy VIII Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat Dissidia: Final Fantasy NT

Rinoa Dari Final Fantasy VIII Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat Dissidia: Final Fantasy NT

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Setelah melancarkan dua watak DLC Vayne dan Locke, Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC ketiga buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Rinoa Heartilly daripada Final Fantasy VIII.

Rinoa merupakan watak ketiga DLC yang diperacahkan oleh Square-Enix sebelum ini yang mana mereka menyatakan watak wanita dari siri Final Fantasy VII ke atas bakal tiba. Menurut Square-Enix, watak tersebut akan tiba buat permainan Dissidia pada penghujung Ogos ini. Manakala bagi versi arked, ianya bakal tiba pada kemaskini Julai.

Rinoa Heartilly merupakan salah satu watak utama daripada siri Final Fantasy VIII yang mana juga merupakan buah hati kepada Squall Leonhart juga dari siri Final Fantasy yang sama.

Menariknya, berdasarkan trailer yang dikongsikan, anjing Rinoa, Angelo bakal tiba namun bukan sebagai kuasa Limit Break beliau dan hanya peneman sahaja. Tetapi, Rinoa tampaknya bakal tiba dengan kuasa Angel Wing, daripada kuasa Limit Break Final Fantasy VIII yang mana ia merupakan kuasa Limit Break kedua yang pemain dapat ketika bermain permainan tersebut. Rinoa juga kembali dengan senjata ikonik beliau iaitu Blaster Edges yang membolehkan beliau menyerang dari jauh.

Selain itu, Square-Enix juga mengumumkan kostum alternatif buat Rinoa yang mana kostum tersebut dipakai oleh beliau ketika majlis perasmian SEED dan ketika adegan ikonik beliau menari bersama Squall di dalam Final Fantasy VIII.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.


TIPS & ULASAN