Informasi Permainan Video Terkini
Watak Vayne Solidor Diumumkan Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT – Akan Tiba April 2018

Watak Vayne Solidor Diumumkan Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT – Akan Tiba April 2018

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Square Enix sebelum ini mengumumkan permainan Dissidia: Final Fantasy NT akan terdapat 6 watak penambahan untuk permainan ini dan memperacahakan kesemua watak adalah dari Final Fantasy VII dan ke atas.

Hari ini mereka mengumumkan Vayne Solidor sebagai watak pertama yang akan ditambahkan ke dalam permainan ini. Vayne merupakan watak jahat utama dari permainan Final Fantasy XII.

Vayne merupakan watak yang berkelaskan Vanguard dan akan mempunyai EX Skill yang dipanggil ‘Writ of Conquest’ di mana melalui skill ini Vayne dapat meningkatkan kebolehan rakan yang berdekatan.

Watak Vayne boleh dimuat turun untuk pemilik pas semusim pada akhir April 2018 dan pemain yang tidak memiliki pas semusim juga boleh membeli watak Vayne secara berasingan yang juga akan disertakan dengan dua kostum.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada 30 Januari 2018. Anda boleh membaca ulasan penuh kami untuk permainan ini.

Harga permainan ini adalah RM249 dan pas semusim berharga RM119. Buat masa ini tiada harga dikeluarkan untuk pembelian watak secara berasingan tetapi berdasarkan harga di pasaran Jepun kami menjangkakan akan berharga RM30.


TIPS & ULASAN