Mei lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa watak Locke dari siri Final Fantasy VI merupakan watak seterusnya buat DLC permainann Dissidia Final Fantasy NT.

Kini, watak tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi buat mereka yang memiliki pas musim permainan tersebut.

Locke merupakan watak berkelaskan Assassins yang mana beliau mempunyai pelbagai bentuk serangan yang memfokuskan pencurian. Antaranya beliau berupaya untuk mencuri nilai nyawa ataupun Bravery musuh. Beliau juga berupaya untuk melakukan serangan Mug yang berkuasa tinggi terhadap musuh.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Locke, ianya boleh diperoleh untuk mereka yang mempunyai pas musim permainan tersebut yang berharga RM199. Pas musim tersebut akan menyertakan kesemua watak-watak DLC yang diumumkan sebelum ini termasuklah Vayne.

Watak Locke juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM26 melalui PSN Store. Selain itu, Square-Enix juga menyertakan pelbagai DLC kostum dan senjata buat watak Locke tersebut juga melalui PSN Store.

Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini