Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memperacahkan Senarai Watak DLC Pernambahan Buat Dissidia: Final Fantasy NT
Artikel Berkaitan

Square-Enix Memperacahkan Senarai Watak DLC Pernambahan Buat Dissidia: Final Fantasy NT

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Square-Enix baru-baru ini mengadakan acara langsung khas berkenaan permainan Dissidia: Final Fantasy NT. Ketika acara tersebut, Square-Enix memperacahkan senarai watak-watak DLC pernambahan yang bakal tiba di permainan tersebut. Pada Ogos 2017 lepas, Square-Enix juga mengumumkan bahawa akan terdapat enam watak yang bakal tiba di permainan tersebut.

Menurut Square-Enix, setiap watak tersebut akan disertakan bersama dua variasi kostum dan dua senjata tambahan. Berikut adalah senarai watak yang diperacahkan oleh Square-Enix:

  • Lelaki dan watak baru (Dari Siri Final Fantasy VII ke atas)
  • Lelaki dan watak baru (Dari Siri Final Fantasy VII ke bawah)
  • Perempuan dan watak baru (Dari Siri Final Fantasy VII ke atas)
  • Lelaki dan watak baru (Dari Siri Final Fantasy VII ke atas)
  • Perempuan (Pernah berada di dalam siri Dissidia: Final Fantasy sebelum ini)
  • Lelaki dan watak baru (Dari Siri Final Fantasy VII ke atas)

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.


TIPS & ULASAN